Iklan jawatan kosong Jabatan Kerajaan.
Ramai yang menganggap jawatan di dalam sektor kerajaan adalah untuk kroni sahaja. Sebenarnya tanggapan tersebut adalah salah. Ia, memang tidak dinafikan mungkin ada sebahagian kes yang melibatkan kroni. Tetapi itu saya rasa sebagai kes terpencil.
Mengapa saya mengatakan begitu? Saya salah seorang penjawat awam dan ketika saya memohon jawatan di dalam sektor kerajaan, saya tidak menggunakan 'kabel' atau 'jalan belakang'. Malah saya tidak juga mengambil surat sokongan dari mana-mana pihak, Tan Sri, Dato' mahupun Ketua Cawangan.
Dan ketika saya menghantar permohonan itu pun saya tidaklah mengharap sangat. Ini kerana saya sudah pun bekerja. Cuma saya ingin mencari pekerja lain. Kerja saya sebelum itu adalah serorang guru. Satu kerjaya yang hebat dengan gaji yang memuaskan. Cuma ia diuruskan oleh pihak swasta, sekolah swasta.
Tujuan asal saya memohon hanyalah untuk menukar kerjaya dari tempat lama ke tempat yang baru. Ketika itu pun saya masih lagi muda dan tidak terfikir pun tentang masa depan. Cuma saya lihat orang lain bekerja, saya pun nak bekerja. Walaupun minat saya untuk menyambung pelajaran cukup tinggi, tetapi kewangan tidak mengizinkan.
Penjawat Awam - Pegawai Kerajaan
Apa itu pegawai kerajaan? Pegawai di sini bulanlah mereka yang menjadi 'boss' atau ketua. Tetapi di dalam organisasi Jabatan Kerajaan, semua pekerja adalah 'pegawai kerajaan'. Mereka berkhidmat untuk kerajaan. Mereka juga digelar sebagai 'Penjawat Awam' atau pun lebih dikenali sebagai 'Kakitangan Kerajaan'.
Anda berminat untuk menjadi salah seorang pekerja di dalam Jabatan Kerajaan? Dapatkan info dan segala maklumat di sini. Blog ini sedaya upaya memberikan gambaran berkaitan 'Kerja Gomen'.
Anda berminat untuk menjadi salah seorang pekerja di dalam Jabatan Kerajaan? Dapatkan info dan segala maklumat di sini. Blog ini sedaya upaya memberikan gambaran berkaitan 'Kerja Gomen'.
Maklumat Tambahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment